Apa Kaitan Anwar dengan Nippon Foundation? #konekkiciwa #doraemon100gempak

Dalam kenyataan rasmi Anwar Ibrahim di blognya, Anwar cakap beliau ke Jepun atas jemputan peribadi Mr Sasakawa, Pengerusi Nippon Foundation. 

Ramai rakyat di Malaysia mungkin tidak kenal siapa Mr Sasakawa ini? Namun di Jepun, Mr Sasakawa memang cukup dikenali oleh rakyat Jepun sebagai anak kepada Ryoichi Sasakawa, iaitu pengasas kepada Yakuza di Jepun. 



Pada tahun 1962, Ryoichi Sasakawa telah menubuhkan Nippon Foundation. Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim mahu ke Jepun atas tiket Nippon Foundation kerana pada 19 April 2011, Anwar turut ke sana atas jemputan ceramah Sasakawa Peace Foundation (SPF). 


Apakah Anwar hadir hanya untuk menyampaikan ceramah semata mata? Tentu ada sebab lain yang lebih kukuh untuk pihak kerajaan Jepun tidak membenarkan Anwar hadir ke negara tersebut. Mengapa pada tahun 2011 boleh tetapi tidak boleh pada tahun 2014? Apakah ada urusan dalaman Jepun yang tidak membenarkan Anwar Ibrahim masuk ke sana?

Pada 28 Disember 2013, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah membuat kunjungan ke The Yasukuni Shrine yang menyemadikan 2.4 juta nama tentera Jepun yang terkorban dalam perang dunia. 14 orang daripada didapati bersalah mengikut tribunal perang pada 1945.  

Setiap kali Perdana Menteri Jepun mengunjuni Yasukuni pada 1985 dan 2002, pasti negara negara seperti China, Korea Selatan dan Korea Utara akan melakukan protes tanda kesilapan lepas tentera Jepun. Namun Abe ada alasan dan strategi tersendiri mengapa beliau mengunjuni Yasukuni. Pihak barat termasuklah Amerika Syarikat turut mengkritik kunjungan Abe ke Yasukuni.


Tulisan ini menjelaskan apa kaitan Abe dengan Yasukuni dan apa hubungan antara Ryoichi Sasakawa (Pengasas Nippon Foundation) dengan Yasukuni. Tindakan yang dibuat oleh kerajaan Jepun untuk menghalang Anwar Ibrahim memasuki Jepun dan berucap atas pentas Nippon Foundation mungkin ada asas yang kukuh. 

Hal dalaman Jepun, hubungan Nippon Foundation dengan Yakuza dan kontorversi lawatan Abe ke Yasukuni mungkin antara sebab halangan itu dibuat. Oleh itu, rakyat Malaysia jangan melulu sangat percaya dengan tuduhan yang dibuat Anwar Ibrahim bahawa beliau dihalang ke Jepun atas sebab politik. 

Rakyat Malaysia sendiri kena memahami apa sebenarnya situasi politik yang sedang berlaku di Jepun sekarang.

Post a Comment